12 August 2014

KEAJAIBAN AL-QURAN NUL KARIM


KEAJAIBAN AL-QURAN

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.
Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran

Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115

Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88

Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145

Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24

Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365

Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13


Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).


Jika dibuat kira-kira mudah :Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

Wallahualam...

Makluman kepada pembaca yang budiman , kuasa Allah mengatasi segala-galanya


...................

KHASIAT AYAT KURSI



AYATUL -KURSI (Kekuasaan Allah)


Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan
menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnyasetinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah Ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.



Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.



Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


والله اعـلام بالثواب



selamat mencuba moga-moga beroleh keberkatan

KHASIAT DELIMA

Buah Delima yang dikenali sebagai “ Buah dari syurga ”,telah disebut dalam Al Quran sebagai salah satu buah yang boleh diperolehi di halaman syurga. Ianya turut diakui oleh pakar sains sebagai buah yang kaya dengan keunikan dan keistimewaan semulajadinya.Ianya dapat dinilai daripada kandungan anti-oksidanya yang tinggi membuatkan buah ini berbeza daripada yang lain.

Kandungan anti-oksida yang didapati didalam buah ini dikenali sebagai “Polyphenol” . Ia mempunyai 3x ganda kebaikan anti-oksida berbanding “Green Tea”. Keberkesanannya telah terbukti bagi membantu dalam memelihara kulit dari pencemaran oksida(bahan kimia,virus dan bakteria).

Salah satu bahan utama yang bertindak sebagai pelengkap kepada khasiat keseluruhan Buah Delima adalah dikenali sebagai Ellagic Acid. Fungsi utamanya adalah untuk memfokuskan kepada proses peneutralan radikal bebas yang berupaya membantu dalam melambatkan proses penuaan. Kandungannya yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Iron sangat baik untuk membantu merangsangkan fungsi sel kulit sihat, seterusnya membantu memberi kesegaran kepada kulit serta memastikan kulit sentiasa nampak cerah dan berseri bak delima.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.

Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.


selamat mencuba.. semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.


.